Thursday, September 14, 2006

Cerita Bermoral.

Maka tersebutlah suatu kisah pada masa silam di mana terdapat dua orang anak berumur 6 tahun yang bezanya, Ali masih buta huruf kerana malas belajar dan Ahmad, bijak membaca lagi rajin.

Malang tidak berbau, terjadilah suatu kemalangan pada suatu hari, kereta bapa mereka yang masing - masing diletak di luar rumah dilanggar kereta yang kemudiannya cabut dipandu meninggalkan 2 buah kereta yang remuk.

Ahmad, yang pandai membaca, berjaya mengingati nombor kereta tersebut dan memberitahu bapanya. Terus bapanya memberi duit kecil - kecilan kepada pakciknya yang bekerja di JPJ dan mendapat alamat si bangsat tersebut. Lalu bapanya pergi ke rumah pesalah dan memukulnya stail movie Hindi. Akhirnya, bapa Ahmad berjaya mendapat pampasan dan memberikan RM50 kepadanya sebagai ganjaran.

Ali yang tidak pandai belajar pula, di bantai bapanya "kau - kau" kerana tidak dapat mengingati nombor kereta tersebut. Dia dirotan berpuluh - puluh kali dan diikat di pokok rambutan untuk disengat. Bapanya terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk membaiki keretanya. Akhirnya, Ali dipaksa menoreh getah untuk membayar duit pembaikian kereta bapanya.

Wahai kanak - kanak sekalian, biarlah cerita di atas menjadi teladan kepada semua. Kalau tidak belajar, nahas padahnya. Insaflah.

Wednesday, September 13, 2006

Berita Terkini!!!!

Baginda Diraja Ngiam Diserang dengan KEJAM!

KALA LAMPA: Baginda Ngiam yang sedang meronda di kawasan tanah jajahannya pada malam lalu telah diserang bertalu - talu tanpa belas kasihan oleh pembunuh upahan yang tidak dikenali.


Kaki baginda yang telah diserang bertalu - talu tanpa belas kasihan



Saksi awam, Arnab Loh yang secara kebetulan sedang melalui kawasan kejadian tersebut dengan sebuah beg tangan merah berkata " Sungguh mengerikan. Semuanya berlaku dengan cepat. Pembunuh upahan tiba - tiba muncul dan mula menyerang baginda dan menghentam kakinya bertalu - talu secara kejam. Saya cuba bantai sama dia dengan beg merah saya, tapi lepas tu dia lagi syiok lagi menghentam girang!"


Saksi : Arnab Loh dengan beg merahnya yang comel


Pembunuh upahan yang dikatakan kelihatan seperti buah tomato yang penyek kemudiannya berlari cepat ke arah "getaway" basnya untuk melarikan diri.

Gambar photofit pembunuh upahan yang dikenali sebagai tomato penyek.

Pembunuh upahan tersebut yang sehingga kini masih lagi tidak dapat dikenalpasti, MASIH lagi berkeliaran di kawasan sekitar. Penduduk yang menetap di kawasan sekeliling dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga - jaga dan menyimpan satu tin petrol dan mancis.

Oleh kerana pembunuh adalah amat tidak berperikamanusiaan dan dipercayai amat hodoh sehingga dapat membutakan mata, para penduduk digalakkan untuk membasahi diri mereka dengan petrol and menyalakan mancis untuk mengelakkan masa hadapan yang terseksa.

Sekian. Terima Kasih.